Home
Pelaksanaan
Penilaian
Kalender PSM
Seminar
Tesis
Komponen
Muat Turun
Pelajar
Penyelia

 

 SEMINAR PSM.                                    

 

Nota Penting Seminar PSM 1 & 2:

  1. Format pembentangan (slide) PSM 1.
  2. Format pembentangan (slide PSM 2).
  3. Seminar 1 Semester II Sesi 2007/08.
  4. Seminar 2 (Pembentangan & DEMO) Semester II Sesi 2007/08

 

 

Objektif Seminar:

  1. Melatih Siswa/siswi membentangkan cadangan dan hasil kajian teknikal atau saintifik secara lisan melalui teknik penyampaian, komunikasi/ pertuturan dan penggunaan  alat pandang dengar secara berkesan.
  2. Mewujudkan peluang pertukaran pendapat, saranan dan cadangan dari pihak-pihak lain selain dari penyelia projek Siswa/i berkenaan. 
  3. Melahirkan golongan Siswa/i yang berkebolehan dalam membentang kertas-kerja dan menyumbang buah fikiran atau pendapat di hadapan khalayak ramal dengan penuh keyakinan dan tinggi nilai etika dan peribadinya.
     

Kandungan Seminar 1:

Dalam Seminar 1, kandungan seminar yang dibentangkan sewajamya mempunyai ciri-ciri berikut walaupun mungkin tidak keseluruhannya. Markah akan diberikan mengikut perkara-perkara yang tercatat dalam Borang Penilaian Seminar 1 - FKEE/PSM/1(B).

  1. Membuat pengenalan yang ringkas terhadap kajian/projek dilaksanakan.

  2. Menyatakan/menerangkan secara jelas dan terperinci tentang objektif dan juga skop kajian/projek yang telah ditetapkan dan yang sedang dilaksanakan.

  3. Menyatakan/mendedahkan masalah-masalah yang telah dikenalpasti berkaitan dengan skop/ bidang kajian.

  4. Mengemukakan cadangan kaedah penyelesaian atau pendekatan yang akan diambil untuk mengatasi masalah - maslah yang telah disebutkan/dikenalpasti

  5. Membahaskan penyelidikan awal bahan rujukan dalam kajian ilmiah (literature review).

  6. Menerangkan agihan dan perancangan kerja (penyediaan jadual kerja) yang telah dibuat atau akan dilaksanakan untuk semester terkini dan semester berikutnya.

  7. Membentangkan keputusan atau hasil kajian awal yang telah didapati.


Kandungan Seminar 2:

Dalam Seminar II, kandungan seminar yang dibentangkan sewajamya mempunyai ciri-ciri berikut walaupun mungkin tidak keseluruhannya. Markah akan diberikan mengikut perkara-perkara yang tercatat dalam Borang Penilaian Seminar 2 - FKEE/PSM/2(B).

  1. Membuat pengenalan ringkas, padat dan menyeluruh terhadap kajian atau projek yang dilaksanakan termasuk menyatakan objektif dan skop kajian/projek.

  2. Kaedah atau rekabentuk atau segala keperluan lain bagi melengkapi dan mengatasi perihal yang dibentangkan dalam seminar.

  3. Membentangkan pencapaian, keputusan dan pemerhatian kajian/ujikaji diikuti dengan perbahasan dan perbincangan.

  4. Menganalisis, membuat interprestasi dan tinjauan terhadap hasil kajian/projek. Membuat perbandingan dan perkaitan dengan kajian yang pernah dijalankan oleh penyelidik terdahulu (jika ada).

  5. Merumuskan sejauh mana penyelesaian yang diperolehi memenuhi objektif/matlamatnya.

  6. Membuat kesimpulan yang sahih (valid conclusion) serta syor penyelidikan lanjutan yang boleh dibuat pada masa hadapan sebagai penutup kepada pembentangan seminar II.

Nota:

Ciri-ciri kandungan seminar I/II yang dinyatakan di atas merupakan garis panduan sahaja. Kandungan dan susunannya mungkin perlu dipinda dan disesuaikan dengan jenis atau bentuk projek/bidang kajian yang dijalankan. Dengan itu pelajar perlulah dapat memilih dan menyesuaikannya dengan bahagian yang difikirkan tidak berkaitan dan tidak sesuai dengan jenis/bentuk projek/kajian yang dibuatnya.

Dengan itu juga, amatlah penting setiap pelajar membuat strategi dan perancangan rapi tentang isi kandungan pembentangan seminarnya supaya ia dapat disampaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan.


Pengendalian Seminar 1:

Jadual, tarikh dan tempat Seminar I/II PSM akan diumumkan oleh pihak fakulti pada tarikh yang ditetapkan. Semua pelajar hendaklah menyemak jadual seminar yang dikeluarkan untuk mempastikan nama mereka ada disenaraikan dan mengetahui tarikh, tempat dan sesi seminar.

Pelajar (atau melalui penyelianya) dikehendaki selewat-Iewatnya seminggu sebelum tarikh seminar memaklumkan kepada pihak fakulti  atau pengerusi sesi seminar berkenaan sebarang kemudahan yang diperlukan semasa seminar. Kemudahan yang biasa seperti komputer dan audio visual sememangnya disediakan.

Fakulti akan melantik seorang pengerusi seminar untuk sesuatu sesi seminar yang terdiri dari kalangan staf akademik fakulti (pensyarah). Pengerusi seminar selaku Ketua Pengawas bertanggungjawab atas perjalanan seminar dan penilaiannya dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Masa bagi Seminar bagi setiap orang pelajar ditetapkan selama 15 minit, iaitu 10 minit untuk berhujah (pembentangan) dan 5 minit berikutnya untuk sesi soal-jawab dengan penilai dan hadirin. Pengerusi seminar akan memberi isyarat kepada pelajar bagi memulakan dan menamatkan masa pembentangan seminar. Penyelia pelajar dan pelajar lain tidak dibenarkan menjawab bagi pelajar yang disoal, kecuali dibenarkan oleh pihak pengerusi seminar.

Pihak fakulti juga akan melantik beberapa staf akademik Fakulti sebagai ahli penilai sesuatu sesi seminar PSM. Seorang daripada penilai seminar PSM kemungkinan terdiri dari penyelia pelajar yang membentangkan seminarnya dalam sesuatu sesi seminar itu tetapi penilaian beliau tidak diambilkira. Kehadiran penyelia PSM dalam sesi seminar pelajarnya diwajibkan oleh pihak fakulti dengan tujuan untuk memberi sokongan moral kepada pelajamya di samping ia dapat mendengar pandangan dan teguran dari para penilai lain mengenai PSM dan pelajar di bawah penyeliaannya.
 

Kertas Kerja Seminar 1:

Penyediaan kertas-kerja bagi tujuan pembentangan sesuatu seminar dikira sebagai satu strategi yang baik untuk memudahkan dan membantu pihak hadirin/peserta seminar memahami subjek yang akan diperkatakan secara menyeluruh, cepat dan berkesan. Oleh itu penyediaan dan penulisannya perlulah dibuat dengan mengikut pendekatan dan ketentuan yang difikirkan sesuai dengan kandungan yang ingin disampai dan difahamkan kepada hadirin dalam jangkamasa yang diperuntukkan.

Penyediaan kertas-kerja ini adalah pilihan dan bukan wajib. Namun begitu, para pelajar amat digalakkan menyediakan kertas-kerja ini bagi memudahkan panel penilai memahami pembentangan yang akan diadakan. Bagi pelajar yang tidak menghantar kertas-kerja, draf proposal pertama yang dihantar akan difotokopi dan diedarkan kepada panel penilai.

Kandungan utama (main text) kertaskerja ini mestilah tidak melebihi 5 muka surat, tidak termasuk graf, rajah, jadual atau lampiran lain.

Pelajar disarankan agar menyedia dan menyerahkan kertas-kerja ini kepada penyelia untuk semakan/komen selewat-Iewatnya seminggu sebelum tarikh seminar. Setelah memperolehi persetujuan penyelia barulah pelajar boleh mengedarkan kepada panel semasa seminar berjalan. Pelajar hendaklah menyediakan salinan fotokopi slide untuk edaran kepada setiap penilai/panel seminar termasuk Pengerusi.

 

Hak Cipta Terpelihara.
Sebarang masalah berkenaan web sila hubungi
webmaster.
Kemaskini: 09-04-2008.