Home Pelaksanaan Penilaian Kalender PSM Seminar Tesis Komponen Muat Turun Pelajar Penyelia

 

PROSEDUR PERMOHONAN KOMPONEN KEGUNAAN PSM.

Pelajar boleh mula membuat pembelian setelah lulus Seminar I PSM I. Jadual dan pengurusan pembelian ini adalah dibawah tanggungjawab Penyelaras Teknikal yang telah ditugaskan iaitu  En. Mohd Salmizan Mohd Zain.

Penyelaras Teknikal PSM (En. Mohd Salimizan) akan memaklumkan melalui MEMO kepada pelajar untuk memberi nama kepada beliau bagi penjadualan perjalanan. Diharap semua pelajar dapat memberi kerjasama dalam hal ini (jika memerlukan pengangkutan untuk pembelian).

Bagi komponen-komponen kecil/diskrit seperti perintang, kapasitor dan seumpama dengannya, pelajar dibenarkan mengambilnya di lab dengan kebenaran pihak lab. Komponen-komponen major seperti micro-controller, micro-processor, DSP dan integrated circuit driver/transducer TIDAK dibenarkan. Komponen major yang lain seperti motor, boleh dipinjam tetapi juga atas kebenaran pihak lab.  

PROSEDUR TUNTUTAN PEMBELIAN KOMPONEN

Bagi komponen/bahan yang tidak boleh diperolehi dengan langkah di atas, pelajar-pelajar dengan kebenaran penyelia boleh membuat pembelian sendiri dan membuat tuntutan pembelian. Syaratnya ialah setiap pembelian mestilah mempunyai resit/invoice untuk dilampirkan bersama-sama borang tuntutan pembelian. Permohonan tuntutan hendaklah tidak lewat daripada setiap 5 haribulan pada setiap bulan. Langkah-langkah untuk membuat tuntutan adalah seperti berikut:

  1. Sila muat turun Borang Tuntutan Pembelian Bahan/Komponen - FKEE/PSM/3(B).
  2. Isi dengan lengkap.
  3. Dapatkan pengesahan resit pembelian dan borang daripada Penyelia Projek.
  4. Dapatkan pengesahan borang daripada Penyelaras Teknikal PSM.
  5. Hantarkan borang tersebut kepada penolong pegawai tadbir (Pn.Halimah) fakulti atau Penyelaras Teknikal PSM (En. Mohd Salimizan) diproses.

 

Perhatian! Jumlah harga barangan yang hendak dibeli mestilah tidak lebih daripada peruntukan yang telah ditetapkan oleh fakulti kepada setiap pelajar (seperti yang telah dimaklumkan oleh penyelaras).

Hak Cipta Terpelihara.
Sebarang masalah berkenaan web sila hubungi
webmaster.
Kemaskini: 05-09-2007.

 

 
 

Komponen