-
Had Kredit Dapat (KD) bagi
kelayakan mengambil atau mendaftar BEE4712/PSM I dikekalkan mestilah
tidak kurang daripada 80 KD ( >80KD ). Hanya dua kes yang boleh
dipertimbangkan untuk pelajar mendaftar subjek ini.
Kes (I):
Bagi pelajar
yang mempunyai kurang daripada 80 KD disebabkan kemasukan dari program
diploma (direct entry), anda adalah layak mengambil BEE4712/PSM
I jika jumlah kredit
pindah (credit transfer) dikira
bersama
kredit yang telah dikumpul dalam program
ijazah
mencapai had kelayakan
yang telah ditetapkan.
Kes (II):
Bagi kes
pelajar yang terkecuali daripada mengambil subjek Fizik, secara
automatik
kredit subjek tersebut ditambah dalam jumlah KD anda. Oleh
itu, anda layak mengambil
BEE4712/PSM I
asalkan jumlah KD anda (setelah
ditambah dengan kredit subjek Fizik)
mencapai kelayakan yang telah
ditetapkan.
-
Bahagian Pertama PSM I
merupakan pra-syarat bagi bahagian Kedua PSM II. Oleh itu pelajar perlu
lulus PSM I sebelum meneruskan ke Bahagian Kedua iaitu PSM II.
-
Sekiranya
pelajar gagal Bahagian Pertama (PSM I) iaitu mendapat gred E, maka ia
mestilah mengulanginya. Ia boleh dilakukan samada atas tajuk yang sama
ataupun menukar ke tajuk yang baru. Jika ia memilih untuk mengulanginya
dengan tajuk PSM yang baru maka ia mestilah mengikuti peraturan pemilihan
tajuk PSM sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Fakulti. Pendaftaran
Semula Mata Pelajaran PSM hendaklah juga dilakukan oleh pelajar tersebut.
-
Pelajar yang gagal Bahagian Kedua (PSM II)
pula dimestikan dan hanya dibenarkan mengulanginya bagi tajuk yang sama
sahaja (tertakluk kepada Jawatankuasa PSM). Kod Mengulang Mata Pelajaran
(UM) hendaklah digunakan semasa Pendaftaran Mata Pelajaran.
-
PSM mestilah dilaksanakan dan ditamatkan dalam tempoh
sekurang-kurangnya
2 semester dan tidak melebihi 4 semester dengan syarat
tidak melebihi tempoh pengajian pelajar.
-
Syarat sah bagi satu-satu tajuk PSM adalah selama 4 semester
sahaja dengan syarat tidak melebihi tempoh pengajian pelajar.
-
Dalam tempoh pelaksanaan Bahagian
Pertama (PSM I) pelajar boleh Tarik Diri (TD) dari Mata pelajaran ini dengan
syarat ia dilakukan dalam
tempoh Tarik Diri Mata Pelajaran seperti yang ditetapkan pihak Universiti.
Pelajar bolehlah mendaftar semula mata pelajaran ini pada semester
berikutnya.
-
Pelajar WAJIB meneruskan bahagian kedua PSM
(BEE4724/PSM II) pada semester seterusnya jika LULUS BEE4712/PSM I
mengikut polisi PSM FKEE yang telah ditetapkan. Hanya pelajar yang
mempunyai kes-kes kritikal yang telah disahkan oleh Penasihat
Akademik (PA) dan Penyelia sahaja yang akan dipertimbangkan
oleh Jawatankuasa PSM FKEE untuk membenarkan pelajar tersebut
menarik diri atau tidak mendaftar pada semester tersebut.
-
Sebarang perubahan (atau pindaan) penyelia, tajuk, objektif
dan skop kajian PSM mestilah terlebih dahulu mendapat persetujuan dan
kelulusan dari pihak penyelia dan
pihak Jawatankuasa PSM.
Walau bagaimanapun sebarang pindaan/perubahan dalam hal yang tersebut di
atas adalah tidak digalakkan sama sekali kecuali atas alasan/sebab yang
kukuh dan munasabah dan dibuat secara bertulis/rasmi kepada pihak Fakulti
untuk dipertimbangkan.
-
Dalam tempoh
pelaksanaan PSM, semua pelajar tertakluk kepada semua peraturan yang
berkaitan dengan PSM sebagaimana yang telah ditetapkan atau dikeluarkan oleh
pihak fakulti dari masa ke semasa.
-
Segala hasil PSM samada dari segi perkakasan (hardware), perisian
(software), harta intelek (intellectual properties) dan sebagainya
adalah menjadi hak milik Universiti Malaysia Pahang (UMP).